Thursday, August 23, 2012

mu bila lagi??


"mu bila lagi sya?" 

haaa ni la soalan paling susah nak jawab..
tambah-tambah skarg ni mak cik ak yg bongsu bwu kawen..
kalu sepupu2 ak lain bole la diorang jawab kn..
sume da ada calon..
ak ni dengan calon pun xde cmner la nak jawab kn?
haish x suke bila org tanye soklan cm2..
xpelah ad jodoh n sape-sape t ak kawen lah.. pun x hbis lagi..

tapi tu lah skrg malas lagi nak pikir sal bnde2 nih..
belajar pun tinggal 2 tahun lagi..
kalu da ada calon skrg, lambt gak kawen t..
tkut pengalaman lepas berulang jer..

xpelah hidup single pun haappy gak ak.
bialah orang cakap ak ni loser xde p.we..






Saturday, January 28, 2012

❤ suka❤ sayang ❤ cinta ❤


Saat kau MENYUKAI seseorang,
kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri. 

Saat kau MENYAYANGI seseorang, 
kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri. 

 Saat kau MENCINTAI seseorang, 
kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.



“Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka”


Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,
maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

 Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya.

 Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,
kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."







Friday, January 27, 2012

kenapa lelaki cepat bosan..

nasihat untuk diri sendiri dan pempuan2 lain... laki da mmg diorg mcam nih... kalu kita betul syg die, kite kenelah paham diorg... berkorban la skit tuk diorg.. tapi kalu da tahu laki 2 x layan pun, smpi perlu kita bekorban, ape ag, tingalkan jerlah... ramai lagi lelaki yang layak tuk kita...

ALLah pun da janji kan.."lelaki yang baik untuk pempuan yang baik"

laki ni kan nape lar cepat bosan sngat ea?
tapi kan kalu bende ni lelaki buat kat pempuan, pempuan pun cepat bosan gak kot..
tapi sebab pempuan x smpi hati pun nak gtau die bosan ke ape..
cbb da syg kan, layan jer laki wlupun bosan...
bgus kn pempuan?
kalu laki lar 4 sure da tingalkn pempuan 2 da...:(

ok jum tguk nape laki cepat bosan...most laki adalah same je kot:
ak copy paste dr sorg blogger laki... so kite try la phm kn nape laki ni cept sngt bosan n kite2 nih..
n try elakkan sume ni k..
kalu kite xnk die bosan... kalu syg, leh lar jaga hubungan kite n die sbaik-baiknye,..
^_^


1.  Ucapan sayang . 

mula2 memang kita rasa seronok sangat bila kitadapat bersayang2 , panggil nama2 romantik ; contohnya : ‘I , U’ , ‘abg,sayang’ , ‘baby , B’ ‘cyg , abg’ ‘cyg,bb’ dan adalah banyak lagi . tak larat nak tulis . erm..perkataan inilah yang akan digunakan selalu dalam setiap kapel kan?
betul tak?
 Cubalah guna yang lebih formal macam adinda, kekanda ke , ustaz ustazah ke . ni anak tak da lagi da panggil mami & daddy (maaf bukan niat nak menghina Cuma berkongsi pengalaman dan contoh) . lelaki ini tak semua yang jiwang . 
ada yang jenis biasa2 , ada yang jiwang , ada yang tak da perasaan . so , benda macam ini seronok Cuma sementara bagi sesetengah laki . mereka cepat bosan .
 so , kalau boleh jangan lah bersayang2 selalu sangat . 
nanti cepat bosan .
 percayalah seronok tu Cuma sementara je .

 2. Selalu sangat berjumpa pun merupakan salah satu faktor yang mebuatkan lelaki mudah bosan . 

kalau da kapel ngan budak kelas mungkin lagi cepat bosanlah kot coz hari2 jumpa .
 tapi ada juga yang kekal sampai kahwin taw .
 kurangkan berjumpa lah bagi yang kerap berjumpa .
 bila dah selalu berjumpa hilang rasa rindu . 
bila dah hilang rasa rindu datang pula rasa bosan .
 so ,baik ada rasa rindu dari ada rasa bosan kan . 
kurang2kan lah berjumpa . 

 3.Lelaki gatal?

 Haha. Kalau lelaki yang jenis tamak pun masalah juga . 
dia sentiasa tamak nak poligami. 
Awek ada 1 pun tak cukup . 
bila dah bosan buang macam tu je . bak kata stacy “pakai buang” . haha . 
kalau masalah ini perempuan kena pandai jaga hati BF kita lah . 
jangan laki menggatal kita pun nak balas dendam . buat sesuatu yang menarik supaya perhatian dia sentiasa tertumpu kat korang .
 insyaallah dia tak kan poligami . huhu

 Macam mana nak selesaikan eak? Korang ada cara yang mungkin berkesan tak?huhu . aku rasa aku ada kot . wuwu~ 

 1. Pandai mengambil hati . 
Bagi perempuan korang kena lah pandai ambil hati .
 buat laki korang suka n sayang korang .
 elakkan dari buat benda yang sama yang cenderung kearah kebosanan . 

 2. Mendengar cakap .
 Dengar cakap laki korang tu . jangan asyik nak bantah je .
 laki ni hati lembut . t lama2 dia akan bagi juga korang buat apa yang korang suka tu .
 kalau korang ego tak nak dengar cakap . 
alamatnya korang bermadu lah . tak pun kena ‘Ban’ dengan laki korang . hahahaha . 

3. Bertolak ansur . 
 Lelaki ni tak semua yang jenis suka mengalah . 
ada yang jenis suka menang dalam semua benda .
 so cara yang korang boleh buat , korang bertolak ansur / mengalah je .
 tak payah lawan nnti korang kalah juga . 
t bila dia dah puas menang dia pula yang mengalah . 

 Mesti korang dok cakap dalam hati korang kenapalah perempuan asyik kena mengalah je kan .
 sebenarnya Lelaki pun kena juga .
 lelaki tak boleh lah ego sangat .
 kena mengalah pada perempuan sama . 
cakap sayang kan . tunjukan lah rasa sayang tu . 
sentiasa berfikiran matang & pasang niat untuk setia .
 Komfom hubungan kekal .
 insyaallah . 




Wednesday, January 25, 2012

fitnah

aloooooppp...
tibe2 jer kan tajuk cam berat jer...
FITNAH... 
hurm ape mksd fitnah ea?
istilah arab: cubaan/ ujian..
istilah ulama: "Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau pun keburukan sesuatu."

skrg dengn adanye teknologi, fitnah tu senng jer tersebar...contohnye dgn internet, sms dan sbgainye. 
nampk cm mudah jer kn tapi fiitnah ni bole buat org bekawen berpuluh2 tahun bole bercerai, talian saudara terputus, shbat2 x percaya da.. ni semua cbb fitnah...
bahaya kot fitnah ni..

Mengenai fitnah, Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)


tu sebab ALLAH gitau dlm alquran, fitnah ni lagi bahaya drpd mmbunuh.. memg bahaya kot... bole buat hidup seseorg musnah sekelip mata shaja..padahal die x bersalah pun..tapi org x puas hati mnfitnah sana sini. kenapa ada perasaan tak puas hati dikalangan muslim? 
kenapa x penah terfikir sape2 yg suke fiitnah lar, fikir keburukan mmfitnah org?
x terfikir ke die kalu die yg kene fitnah?
cmner hidup die?
kejamnye lar org mcm nih...

hurm sbnrnye aku citer sal fitnah ni cbb saudara ak ada kena...

disebabkan fitnah, die bercerai,
suami die tak caya kat die dah..
padahal kawen berpuluh tahun..
anak pun da hbis belajar dah..

org kampung mengata die..

saudara marah dah x mengaku saudara..
kenapa??
x tahu kah betapa terseksanye org kene fitnah?
camner die nak mnghadapinye?
xde org nak percaya..
kenapa ea? 
 ALLAH nak bg ujian kat die supaya die menjadi lagi kuat..
tapi org yg fitnah tu memhg xde berperikemanusiaan lar..
sngup menfitnah saudara seislam sndri..

hurm arap2 kita dijauhi dr menfitnah dan difitnahi org..
AMIN!!



Saturday, January 21, 2012

sedihnye...

hurm lelaki kan?
selalu cakap x supe bikin...
aku pun satu..
cepat sangat percaya kat diorg..
padahal da kena tapi tak pernh serik
hurm padan muka...

bencinye...seyes benciii...
xskenye rasa cmnih...
dah jadi macam aku yg dlu...
emo sokmo2..
sedih jer...
x skeeeeee....





Friday, January 20, 2012

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana 
seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...